- Mengapa ukuran payudara kelihatan jelas berbeza walaupun semasa dalam berpakaian?
Jawapan:
Tidak seorang pun memiliki sepasang payudara asal yang benar-benar sempurna. Tetapi, memang sejumlah kecil wanita memiliki payudara yang kelihatan tak seimbang. Jalan penyelesaian nya adalah dengan membeli bra yang sesuai dengan payudara yang ukurannya lebih besar kemudian memasukkan gel silikon ke dalam bra untuk payudara yang lebih kecil.
- Payudara sangat gatal sehingga saya harus menggarunya
Jawapan:
Untuk menghindarinya, pertama, sapukan losyen ke payudara supaya sentiasa lembap. Losyen juga akan mengurangkan kekeringan yang menyebabkan gatal. Gunakan bra dengan bahan nipis sehingga kulit dapat bernafas sehingga tak akan menyebabkan iritasi.
- Payudara kelihatan kendur
Jawapan:
Jogging tanpa bra yang sesuai dapat mengakibatkan payudara jatuh dan kendur. Penyelesaian nya adalah dengan mengenakan bra yang mampu mengangkat payudara. Namun, bila terasa payudara benar-benar jatuh dan kendur, mungkin kerana memiliki lebih banyak lemak di payudara daripada jaringan kelenjar yang membantu menjaga keanjalan payudara.
- Bentuk payudara seperti berkedut
Jawapan:
Sama seperti wajah dan tubuh, bentuk payudara juga berbeza-beza pada setiap orang. Tapi sekali lagi, untuk membentuknya agar kelihatan cantik dan menawan, cara nya dengan menggunakan bra yang tepat. Bra dengan bahan yang sedikit lembut akan membentuk semula payudara dengan belahan dada yang jelas kelihatan dapat menutupi bentuk payudara yang tidak selesa.
- Risau areola terlalu besar dan gelap
Jawapan:
Areola adalah kulit berwarna kegelapan yang mengelilingi puting susu. Sama seperti ukuran dan bentuk payudara, penampilan areola pun bervariasi. Ukurannya boleh jadi besar atau kecil. Ada yang berwarna merah muda, merah, coklat dan hitam. Semakin gelap warna kulit, semakin gelap pula areola payudara. Hormon-hormon kehamilan juga boleh mengubah warnanya menjadi semakin gelap dan mungkin warnanya akan tetap seperti itu setelah melahirkan anak. Faktanya kebanyakan lelaki tetap akan merasa terangsang saat melihat areola dalam setiap bentuk dan ukuran.