Total Pageviews
Manfaat Kesihatan Tea Tree Oil
Tea tree oil juga dikenali sebagai Melaleuca alternifoliais, adalah minyak pati yang telah wujud untuk beberapa lama untuk manfaat penyembuhan. Minyak yang diekstrak daripada tumbuhan asli dari Australia. Tea tree oil tidak boleh dimakan dan hanya untuk digunakan sebagai ubat luaran sahaja
Tea tree oil di gunakan untuk rawatan antiseptik dan jangkitan anti-kulat. Ia juga mempunyai ciri-ciri antibiotik dan membantu terhadap elemen penyembuhan seperti jangkitan kulit, ruam, terbakar , kelemumur dan banyak lagi. Tea tree oil tidak boleh digunakan pada bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan.
Manfaat kesihatan tea tree oil:
Membantu menyembuhkan dan melegakan selaran matahari.
Menyembuhkan jangkitan kulit secara semula jadi.
Melegakan gatal dari ruam serta membantu mengurangkan ruam.
Merawat jerawat.
Membantu mencegah kutu.
Menyembuhkan kuku jari kaki.
Penawar nafas berbau.
Rawatan berkesan untuk ketuat.
Melegakan gigitan serangga.
Merawat kurap.
Merawat psoriasis dan lain-lain keadaan kulit.
Melegakan asma atau lain-lain keadaan pernafasan.
Sebagai sebagai antiseptik pada luka kecil .
Melegakan Sakit telinga