Total Pageviews
PentingNya Bra Yang Sesuai Untuk Payudara
--- Ramai di kalangan wanita mudah terpengaruh dengan pelbagai fesyen-fesyen coli atau baju dalam (bra) yang terkini tanpa mengambilkira kesesuaian dan keselesaan dengan payudara mereka. Ada yang berpendapat bahawa memakai coli yang mempunyai dawai sebagai ‘tulang’ coli (push-up) bertujuan untuk menampakkan payudara mereka tampak lebih seksi dan mengiurkan sebenarnya menyiksakan payudara mereka sendiri.
--- Payudara dibentuk oleh jaringan-jaringan yang rumit, di antaranya kelenjar air susu dan jaringan-jaringan penghubung yang dikelilingi lemak. Lemak-lemak itulah yang menentukan saiz besar atau kecilnya payudara tersebut. Jaringan-jaringan penghubung adalah sebagai ‘penentu’ kepada keindahan payudara kerana ia berfungsi sebagai penyokong kulit payudara dan memperkuat otot-otot leher serta bahu yang menuju ke arah payudara.
--- Untuk menjaga payudara agar tetap indah meskipun setelah melahirkan anak, pakailah coli atau bra yang sesuai dan selesa serta boleh menyokong payudara dengan baik tanpa dawai sebagai penyokongnya. Terutama kepada wanita yang memiliki payudara besar, hal ini perlu sekali diberi perhatian. Untuk menghindari otot-otot payudara tertarik pada berat payudara secara terus-menerus, yang akan mengendurkan otot-otot payudara. Sekiranya hal ini terjadi maka akan merosakkan bentuk payudara anda.