Total Pageviews

Kenapa Payudara Membesar


--- Saiz payudara wanita di UK semakin membesar, 2 tahun lepas syarikat coli terkenal di UK, Bravissimo telah berkempen utk saiz coli yang lebih besar iaitu daripada saiz D-cup kepada saiz KK-cup.

"Our research has shown that up to 40% of women should be wearing a D cup and above even if they don't yet know it."

--- Tapi saiz tersebut masih tak dapat menampung payudara wanita UK. Oleh sebab itu Bravissimo telah melancarkan coli bersaiz L-Cup yang lebih besar utk mereka yg berpayudara besar.

Mengapa saiz payudara membesar?

--- Menurut pakar kesihatan wanita, Dr Marilyn Glenville. Ia disebabkan oleh hormon seks wanita iaitu estrogen. Estrogen merangsang pertumbuhan tisu payudara.

--- Saiz payudara wanita adalah sangat bergantung kepada tahap perembesan estrogen. Ovari merupakan "pengilang tunggal" kepada estrogen dan progesteron. Jika keupayaan ovari untuk menghasilkan hormon terjejas, tahap perembesan estrogen dan progesteron juga turut terjejas. Oleh itu, ovari dan tahap perembesan estrogen memainkan peranan penting dalam pertumbuhan payudara manakala hormon lactogen placenta dan hormon lain menyediakan payudara untuk laktasi.

--- Sejurus selepas bersalin dan menyusukan anak, wanita akan mengalami penurunan tahap estrogen dan progesteron untuk membolehkan kelenjar pituitari menghasilkan hormon lain seperti prolaktin yang diperlukan untuk penghasilan susu, menyekat fungsi biasa ovari, mencegah haid dan kesuburan. 

--- Walau bagaimanapun, ovari akan berfungsi seperti biasa selepas penyusuan bayi untuk perembesan estrogen dan progesteron seperti biasa dan membenarkan haid. Wanita yang menyusu secara berpanjangan, mempunyai fungsi ovari lemah atau mengalami kadar pemulihan ovari yang perlahan akan mempunyai perembesan estrogen yang kurang atau lambat menyebabkan payudara kendur atau mengecil. Gaya hidup juga banyak mempengaruhi pengeluaran estrogen. Kadar metabolisme yang rendah menyebabkan tahap pengeluaran estrogen pada kdar yang minimum.

--- Faktor usia juga menyumbang kepada perubahan hormon badan. Bila semakin meningkat usia, hormon badan semakin sikit di rembeskan. Ini lah yang menyebabkan jatuh sana sini, londeh sana layu sini. Pentin nya untuk mengekalkan gaya hidup sihat untuk kadar metabolisme badan yang optimum.